Blog

12 Results / Page 1 of 2

Adira Enggan Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki

Oleh Asraf Aided PENYANYI dan pelakon, Adira Suhaimi kini meletakkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan mana-mana pelakon lelaki sewaktu menjayakan sebarang penggambaran atau program hiburan. Menurut Adira atau nama kelahirannya Siti Adira Suhaimi, 32, memandangkan dirinya sudah memegang status ibu tunggal, dia tidak mahu mengundang sebarang kontroversi. "Saya sudah meletakkan syarat dalam lakonan di mana saya tak mahu bersentuhan dengan pelakon lelaki. "Saya sebenarnya bimbang kalau penonton lihat saya bersentuhan […]

today3 September 2024 47

Marsha Milan Enggan Ubah Gaya Nyanyian Di DFP

Oleh Asraf Aided PENYANYI Marsha Milan enggan mengubah cara nyanyiannya kepada notasi yang lebih rendah apabila membuat persembahan bersama rakan artis, Velvet Aduk dan Alena Murang untuk konsert Sounds of Borneo di Dewan Filharmonik Petronas, pada 7 September nanti. Marsha yang sinonim dengan lontaran vokal tinggi ketika membuat persembahan, berkata dia lebih selesa untuk menyanyi mengikut tuntutan asal sesebuah lagu itu. "Saya akan muncul dengan cara nyanyian saya, seadanya. Lagipun […]

today29 August 2024 81

Velvet Nafi Bercerai Dengan Rich

Oleh Asraf Aided PENYANYI Sabah, Velvet Aduk menafikan dakwaan kononnya dia telah bercerai dengan vokalis kumpulan Estranged, Rich. Velvet atau nama kelahirannya Velvet Lawrence Aduk, 37, akui rumahtangganya dan Rich, 42, masih bahagia, dia juga kesal dengan dakwaan segelintir pihak yang menyebarkan gosip itu. Bekas bintang program realiti Akademi Fantasia musim keempat (AF4) itu menjelaskan orang ramai tidak sepatutnya menilai situasi rumah tangga seseorang itu hanya berdasarkan perkongsian di media […]

today24 August 2024 139

M Rizal Meninggal Dunia, Hidap Ulser Usus Sejak Setahun Lalu

Oleh Asraf Aided Penyanyi 1970-an dan 1980-an, M Rizal, 71, telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.50 malam semalam (Khamis) di kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai, Johor. Allahyarham merupakan juara Bintang RTM 1978, setahun sebelum Dato' Jamal Abdillah menjuarai pertandingan tersebut. Ketika zaman kemuncaknya, Allahyarham dikenali dengan lagu Abang Beca yang pernah dipopularkan oleh Broery Marantika. Selain itu beliau dikenali dengan lagu Hatiku Menangis Kernamu dan Usah Kau Rayu […]

today23 August 2024 3877

Amir Jahari Sasar Rakam 10 Album

Oleh Asraf Aided BANGKIT daripada sisa kemurungan hingga memenangi Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38) awal tahun ini, penyanyi Amir Jahari mahu melengkapkan hasratnya untuk memiliki 10 buah album solo. Sekalipun penghasilan album penuh menelan kos lebih besar berbanding single, Amir percaya impiannya itu dapat dilunaskan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. "Alhamdulillah, sekarang saya sudah ada pasukan yang akan bantu saya dalam pelbagai aspek. Untuk pembikinan lagu, saya juga sudah […]

today22 August 2024 86

Petua Dato’ M Nasir Hilangkan Gementar

Oleh Khadijah Ibrahim MESKIPUN lebih empat dekad melayari bidang seni, penyanyi tersohor Dato' M Nasir akui perasaan gugup dan gementar itu tetap ada sebelum mengadakan persembahan. Katanya, perasaan gementar itu bukan kerana beliau tidak yakin dengan kemampuan diri namun disebabkan orang lain di sekelilingnya. Justeru, setiap kali sebelum memulakan persembahan, beliau lebih selesa kalau tidak ada ramai orang di belakang pentas. "Berbanding dulu, Alhamdulillah, apabila umur sudah meningkat, saya tidak […]

today21 August 2024 67

Dafi Tak Putus Asa

Oleh Asraf Aided Penyanyi Dafi tidak pernah berputus asa dalam bidang nyanyian meskipun profil kerjayanya tidak mendapat pengiktirafan yang secukupnya. Menurut Dafi atau nama kelahirannya Gadaffi Ismail Sabri, 36, dia masih bersemangat untuk meneruskan kerjayanya kerana memiliki minat yang mendalam terhadap muzik. "Mungkin kehadiran saya dalam industri tak dapat pengiktirafan seperti yang diinginkan, ia langsung tidak mematahkan semagat saya, jauh sekali untuk berputus asa dalam bidang seni. "Saya mempunyai minat […]

today20 August 2024 59

Lyodra Tak Takut Masuk Malaysia

Oleh Asraf Aided JUARA Indonesian Idol X, Lyodra Ginting akui tidak takut untuk membuat konsert pertama di Malaysia meskipun negara ini sudah mempunyai ramai penyanyi hebat. Menurut Lyodra, 21, dia melihat konsert kolaborasi bersama Afgan iaitu Ada Afgan & Lyodra: Live In Kuala Lumpur 28 September nanti sebagai peluang terbaik untuk mengenali lebih rapat peminat di negara ini. "Setakat ini rasa takut itu tak ada sebab saya sendiri sangat mengagumi […]

today14 August 2024 151

Mark Adam Kongsi Pengalaman Detik Sukar

Oleh: Khadijah Ibrahim PENYANYI Mark Adam mengaku beliau pernah dilanda kemurungan dan kebimbangan (anxiety) sewaktu menerima perkhabaran berita yang bapanya meninggal dunia di Cebu, Filipina. Katanya, meskipun sedih kerana tidak dapat memberi penghormatan terakhir kepada mendiang bapa, beliau tetap terima ujian tersebut dengan tabah. "Anxiety ini kita tak boleh elak lagi-lagi di masa sekarang. Hidup memang banyak cabaran dan saya pernah dapat anxiety masa ayah saya meninggal dunia. Ketika itu […]

today7 August 2024 76

0%