Suria7
Background

Suria Cinta

Layan perasaan anda dengan lagu-lagu cinta bersama DJ Lin setiap Ahad hingga Jumaat, jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi.

Dedikasikan lagu pilihan atau kongsikan ucapan anda kepada yang tersayang dan anda juga boleh luahkan masalah cinta anda kepada DJ Lin.

Waktu Rancangan
8.00 malam – 9.00 malam
Salam Cinta :
Ucapan cinta buat yang tersayang (whatsapp).
9.00 malam – 10.00 malam
Bicara Cinta :
Topik cinta hari ini.
10.00 malam – 11.00 malam
Lagu Putus Cinta :
Pilihan lagu yang berkaitan dengan kekecewaan pendengar dan kisah putus cinta mereka.
Nukilan Cinta :
Pendengar berkongsi puisi, madah dan warkah cinta.
11.00 malam – 12.00 pagi
Lagu Romantika :
Lagu tema percintaan.
12.00 pagi – 1.00 pagi
Seleksi Lagu Cinta :
2 buah lagu pilihan pendengar.

Profil Penyampai

DJ Lin

Segalanya mengenai cinta bersama DJ Lin dalam segmen Suria Cinta. DJ Lin yang terkenal dengan suara halusnya ketika ke udara juga dikenali sebagai ‘Dr. Love’ yang akan menyelesaikan masalah percintaan dan membantu mereka yang ingin mencari jodoh.

Merupakan pemenang bagi kategori Penyampai Radio Popular Berita Harian yang ke-33 pada tahun 2019.

Berasal daripada Johor Bahru, DJ Lin suka melancong, mengembara, mengenal tempat orang dan mendekati budaya serta kehidupan masyarakat setempat.

Apa yang peminat tidak tahu mengenai DJ Lin ialah DJ Lin ini seorang yang tegas. Tiga perkara yang menggambarkan DJ Lin: Suka makanan panas, suka warna merah dan merah jambu.

0%