Background

Kafe Suria

Malam2 kan biasanya anda lepak mana? Jomla lepak dengan Irsyad di Kafe Suria, Port Chill Malam! Dari Isnin hingga Jumaat jam 8 hingga 12 malam. Ada macam-macam perkongsian menarik antaranya NTT – Nak Tahu Tak? iaitu berkenaan apa yang viral, cerita belakang tabir dunia perfileman dan sinopsi filem terbaru menerusi On Set!. Anda juga boleh sembang dan buat ucapan dengan Irsyad menerusi Kolpi dan sebelum tidur tu mintala lagu galau menerusi LAST! iaitu Lagu Sebelum Tidur.

Kafe Suria – Port Chill Malam bersama saya Irsyad dari Isnin hingga Jumaat 8 malam hingga 12 tengah malam hanya di Suria, Segalanya Hiburan.


Profil Penyampai

Irsyad

Irsyad memulakan tugas secara rasmi pada malam ini dan akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 8 malam hingga 12.00 tengah malam manakala segmen popular Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin mula bersiaran pada hujung minggu pada Sabtu dan Ahad bermula 8 malam hingga 1 pagi.

Irsyad mendapat pendidikan awal di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas, Pulau Pinang dan kemudiannya melanjutkan pelajarannya dalam bidang Asasi Sains di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

Dia juga merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Agroteknologi) dalam bidang Akuakultur dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan kini sedang melanjutkan pengajian Sarjana Sains (Master) Akuakultur di Universiti Putra Malaysia (UPM).

 

0%