Blog

Andy Teh, Hun Haqeem Bergabung Buka Elitez Mont Kiara

Oleh Roslen Fadzil PELAKON Andy Teh dan Hun Haqeem bukan sahaja akrab sebagai sahabat malah membuktikan mereka juga mampu menjadi rakan kongsi perniagaan yang profesional apabila tampil membuka pusat sukan Elitez Mont Kiara. Pusat sukan yang memfokus kepada seni bela diri campuran (MMA) serta kelas lagak ngeri (stunts) itu turut dibangunkan dua lagi rakan kongsi mereka iaitu Nana Zul dan Cosavia Khoo. Bercakap kepada Suria FM, Andy, 38, berkata, dia […]

today8 September 2024 633 2

Adira Enggan Bersentuhan Dengan Pelakon Lelaki

Oleh Asraf Aided PENYANYI dan pelakon, Adira Suhaimi kini meletakkan syarat tidak mahu bersentuhan dengan mana-mana pelakon lelaki sewaktu menjayakan sebarang penggambaran atau program hiburan. Menurut Adira atau nama kelahirannya Siti Adira Suhaimi, 32, memandangkan dirinya sudah memegang status ibu tunggal, dia tidak mahu mengundang sebarang kontroversi. "Saya sudah meletakkan syarat dalam lakonan di mana saya tak mahu bersentuhan dengan pelakon lelaki. "Saya sebenarnya bimbang kalau penonton lihat saya bersentuhan […]

today3 September 2024 148

Erma Fatima Rebut Peluang Bikin Drama Untuk TikTok

Oleh Khadijah Ibrahim MENYEDARI TikTok mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam masyarakat, pengarah Erma Fatima semakin aktif menggunakan media sosial itu untuk kemajuan kerjaya seninya. Malah Erma akui sanggup melanggan sesebuah drama itu apabila sudah 'terikat' dengan karya berkenaan di TikTok. Lebih daripada itu Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali, 56, mahu hasilkan banyak drama pendek untuk siaran di platform berkenaan. Sebagai permulaan, Erma menerbitkan drama komedi bersiri berjudul […]

today29 August 2024 201

Perihal Pelakon Emily In Paris, Rupanya Ada Yang ‘Ramal’ Hubungan Cinta Ashley Park & Paul Forman Sejak Awal

Susunan Asraf Aided TENTU ramai peminat drama bersiri Emily In Paris sudah menyaksikan musim keempat yang mula ditayangkan semalam. Drama bersiri itu sememangnya mencetus fenomena kerana memiliki jalan cerita yang disukai ramai. Ia dilengkapkan dengan lakonan mantap barisan pelakon popular lagi berbakat. Selain bintang utama Lily Collins yang memegang watak sebagai Emily, antara pelakon lain yang mencuri perhatian penonton adalah Ashley Park (Mindy Chen) dan Paul Forman (Nicolas de Léon). […]

today16 August 2024 162

Riezman Sanggup Tolak Tawaran Berlakon Drama TV

Oleh Khadijah Ibrahim PELAKON Riezman Khuzaimi, 54, akui sanggup menolak tawaran belakon drama TV tempatan kerana bayarannya tidak lagi memuaskan. Beliau sebaliknya lebih berminat membintangi drama OTT kerana bayaran serta watak untuk drama di platform itu lebih menarik. "Sebenarnya tawaran berlakon drama TV memang ada tapi bayarannya kurang memuaskan. Kita kalau kerja di pejabat pun gaji makin lama makin naik tapi ia tidak berlaku dalam bidang lakonan. Ada juga yang […]

today29 July 2024 185

Reaksi Abhishek Cetus Spekulasi Pergolakan Dengan Aishwarya

Susunan Asraf Aided AKTOR Bollywood, Abhishek Bachchan mengundang perhatian ramai apabila memberikan tanda suka (like) terhadap perkongsian tentang isu penceraian yang dimuat naik seorang penulis bernama Heena Khandelwal di Instagram, baru-baru ini. Posting berkenaan memaparkan tajuk When Love Stops Being Easy yang turut menyentuh tentang isu penceraian pasangan yang telah mencecah usia 50-an.   Secara tidak langsung, reaksi Abhishek itu menimbulkan spekulasi peminat termasuk pihak media yang berteka-teki mengenai krisis […]

today21 July 2024 356