PENDUDUK Kampung Kelka dekat Simunjan, Sarawak dikejutkan dengan penemuan gas asli metana di kawasan sungai berhampiran pada Selasa.
Melalui satu hantaran video yang dikongsikan oleh Saiful Wahab mendakwa penemuan gas tersebut ditemui oleh orang awam yang secara kebetulan berada di tempat kejadian.
“Simunjan digemparkan dengan penemuan gas asli metana oleh orang awam di Sungai Kelka, Simunjan. Untuk makluman metana adalah gas sangat mudah terbakar dan bahaya.