
Tyzo
Satu-satunya hero di Suria Petang yang berkarakter mulut laser ini merupakan seorang pelakon, pengacara TV dan juga pengacara majlis.
Mula berkecimpung dalam bidang radio sebagai penyampai pada tahun 2004, Tyzo juga pernah merakamkan beberapa buah lagu disamping mempunyai syarikat perniagaan sendiri.
Apa yang peminat tidak tahu mengenai Tyzo adalah beliau sukakan motor berkuasa tinggi.
Tiga perkara yang menggambarkan TYZO: Sukar senyum, gelak dan lebih suka bersendiri.