TULAR sebuah kejadian apabila seorang lelaki melarikan perhiasan emas seberat 40.98 gram (g) dari sebuah kedai sekitar Tikam Batu, Kuala Muda, Kedah pada Khamis.
Kejadian berjaya direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pencuri itu pada awalnya memegang perhiasan berbentuk seutas rantai tangan yang diserahkan jurujual.
Bagaimanapun, ketika penjaga kedai itu sedang mengambil perhiasan lain dalam rak pameran, individu berkenaan pantas melarikan diri berserta barang emas tersebut yang difahamkan berupa rantai tangan jenis sauh love.





