HARI terakhir Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman dicemari insiden keganasan apabila berlaku kekecohan membabitkan wakil kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan PAS yang dirakam saling berbalah pada Jumaat.
Situasi itu dipercayai tercetus akibat provokasi dilakukan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh yang didakwa sengaja memberhentikan kenderaannya di tengah laluan jalan raya bagi menyambut himpunan penyokong yang berada di daerah Kemaman.
Perbuatan terbabit sekali gus mengundang kemarahan beberapa orang awam khususnya penyokong Pas yang kemudiannya tampil mengasari beliau selepas laluan trafik di situ dikatakan bertukar perlahan akibat perbuatan pemimpin Umno itu.





