GEJALA penipuan atas talian atau lebih dikenali sebagai ‘scammer’ sememangnya merisaukan kebelakangan ini kerana boleh menyebabkan mangsa mengalami kerugian hingga ribuan ringgit.
Jenayah tersebut kelihatan semakin terbuka apabila baru-baru ini, seorang pengguna jalan raya hampir menjadi mangsa terbaru selepas sekumpulan individu menyamar sebagai pihak bank menyatakan terdapat tunggakan bayaran kereta miliknya.
Insiden itu dikongsikan menerusi akaun Facebook Teratak Singgah Pura memaparkan kenderaannya dikerumuni beberapa orang lelaki ketika sedang diparkir di bahu jalan.






