TINDAKAN seorang individu yang duduk di atas sebuah kereta milik orang lain demi bergambar mengundang kecaman warganet selepas video rakaman insiden tersebut tular di media sosial sejak Rabu.
Dalam video berdurasi kurang daripada 20 saat berkenaan, kelihatan seorang lelaki dengan selamba duduk di atas bonet hadapan sebuah kenderaan yang diletakkan di kawasan awam, dipercayai untuk menangkap gambar.
Menerusi satu hantaran dibuat seorang pelayar di platform X, Hafiz Razak pada Rabu malam, dia turut meluahkan rasa tidak puas hati orang ramai yang menyifatkannya sebagai menceroboh hak milik peribadi dan tidak beretika.