TULAR satu kejadian samun bersenjata melibatkan dua individu yang dilaporkan berlaku berdekatan sebuah persimpangan lampu isyarat di Persiaran Pegaga, Klang, pada Jumaat.
Klip insiden itu memaparkan perbuatan mengejutkan dilakukan dua penyamun yang masing-masing menggunakan parang panjang dan kayu besbol untuk memecah cermin kereta dipandu seorang lelaki yang ketika itu sedang berhenti kerana menunggu lampu merah.
Berdasarkan video berkenaan, kedua-dua penyamun yang memakai ‘hoodie’ berwarna gelap itu cuba memecah masuk cermin kereta dari kedua-dua arah kiri dan kanan dipercayai bagi mengambil wang yang dibawa pemandu terbabit.