HUBUNGAN antara ibu mentua dan menantu wanita sering kali menjadi topik perbualan, lebih-lebih lagi apabila timbul dakwaan sikap tidak berkenan atau gemar mencari kesalahan.
Situasi itu turut dilalui seorang wanita yang mendakwa berdepan detik sukar apabila ibu mentuanya datang secara mengejut ke rumahnya.
Menurut wanita tersebut, ketika itu dia sedang berdepan kesempitan kewangan sehingga terpaksa menahan lapar bersama anak-anak kerana tidak mampu menyediakan makanan.
Ada sebahagian daripada kita mempunyai masalah kesempitan wang ringgit. -Gambar hiasan AI





