SEORANG peniaga dessert atau pencuci mulut berdepan pengalaman yang sukar dilupakan ketika berniaga di kawasan perumahannya setahun yang lalu.
Menurut peniaga itu, seorang pelanggan membuat tempahan makanan dan meminta agar makanan tersebut dihantar ke rumah dengan janji bayaran akan dibuat melalui kod QR.
Bagaimanapun, bayaran yang dijanjikan tidak diterima selepas dia menghantar makanan tersebut sebagaimana diminta.






