SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa isterinya yang sudah berpindah tempat kerja sejak tahun lalu masih berhubung dengan bekas majikan lelaki.
Menurutnya, dia mengetahui tentang hubungan itu apabila terbaca mesej WhatsApp melibatkan kedua-dua mereka yang pada awalnya sekadar bertanya khabar namun terdapat beberapa mesej mengandungi emoji dan ayat tak sepatutnya.
Dia turut memaklumkan isterinya pernah memadam perbualan dengan bekas bos secara tergesa-gesa, sekali gus membuatkan dia percaya mereka mempunyai hubungan.

Lelaki perlu banyak bersabar dan bertoleransi apabila sudah menjadi suami. -Gambar hiasan AI





