TULAR di media sosial apabila salah seorang pengguna media sosial mendakwa sebuah kartun popular kanak-kanak, Santiago of the Seas memaparkan babak yang didakwa budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) ketika disiarkan di sebuah stesen televisyen.
Perkara itu mula menjadi perbualan selepas seorang pengguna Threads, @bypurnama, memuat naik hantaran mendakwa dia terkejut melihat babak dua watak lelaki bercium ketika menonton kartun tersebut bersama anaknya.
“Tadi layan kartun dengan anak aku, terkejut tiba-tiba dua ekor jantan bercium. Tak sempat snap gambar, tapi boleh cari di Google.






