SEORANG wanita berang apabila ibu mentuanya mengungkit semula wang yang pernah dibelanjakan untuk suaminya sejak zaman sekolah hingga universiti.
Menurut wanita tersebut, isu tersebut dibangkitkan ketika mereka berbual mengenai rumah sewa milik mereka.
Pertelingkahan di antara mereka berlaku selepas ibu mentuanya meminta supaya hasil kutipan rumah sewa diberikan kepadanya sebagai ‘bayaran’ perbelanjaan pendidikan suaminya sebelum ini.






