JURULATIH pasukan kebangsaan Nigeria, Eric Chelle mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pemain DR Congo melakukan ‘voodoo’ semasa kemenangan mereka melalui sepakan penalti ke atas pasukannya pada Isnin lalu.
DR Congo memenangi sepakan penalti 4-3 selepas seri 1-1 dalam final play-off Piala Dunia Konfederasi Bola Sepak Afrika (CAF), sekali gus mara ke peringkat inter-konfederasi enam pasukan pada bulan Mac dan menyingkirkan Nigeria daripada proses kelayakan.
Nigeria membuka jaringan awal selepas tiga minit melalui rembatan Frank Onyeka, namun Meschak Elia menyamakan kedudukan untuk DR Congo, memaksa perlawanan ke masa tambahan.





