JOHOR Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan kemasukan dua import baharu menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang akan dibuka pada bulan depan.
Duo import baharu JDT itu ialah Enzo Lombardo (Perancis) dan Park Jun-heong (Korea Selatan) yang akan memperkuatkan Harimau Selatan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Kehadiran Jun-heong mungkin tidak begitu gah jika dibandingkan Enzo yang banyak menghabiskan kariernya di bumi Sepanyol.





