Sukan

[VIDEO] Huru-hara di Tanzania, pemain terpaksa tiarap beramai-ramai elak serangan lebah

AKSI pramusim Tanzanite Pre-Season International Tournament bertukar kecoh apabila sekawan lebah menyerbu padang Stadium Kwaraa, di Babati, Tanzania, sekali gus memaksa perlawanan antara City FC Abuja dan JKU FC dihentikan seketika.

Insiden mencemaskan itu berlaku pada minit ke-77 ketika kedudukan masih terikat 1-1 dengan pegawai perlawanan pantas mengarahkan semua pemain meniarap di atas padang bagi mengelak disengat.

Manakala, jurukamera dan pembantu pengadil turut sama berbaring menutup badan mereka, selain pemain simpanan pula bertempiaran menyelamatkan diri dengan berlindung di bawah bangku simpanan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh