DUA pemain sayap Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim menarik perhatian apabila masing-masing memuat naik Insta Story disertakan lagu Insya-ALLAH nyanyian Maher Zain, seolah-olah menggambarkan ujian yang sedang mereka lalui ketika ini.
Perkongsian dibuat pada Ahad itu menampilkan sisi peribadi kedua-dua bintang bola sepak negara tersebut dengan simbolik lagu tersebut mencerminkan harapan, ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan.
Faisal memuat naik foto ketika meraikan jaringan bersama Selangor FC, namun pasukannya tersingkir daripada saingan Piala FA apabila tewas 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti kepada lawan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya.







