KEDAH Darul Aman (KDA) FC kini terumbang-ambing selepas satu persatu pemain mereka memilih untuk meninggalkan skuad Hijau Kuning dan menyertai pasukan baharu dek perlu meneruskan kelangsungan hidup.
Pada jendela perpindahan kedua Liga Super Ogos lalu, tiga pemain Sang Kenari telah membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan Utara tanah air itu susulan isu tunggakan gaji yang tidak berkesudahan.
Ketua pasukan, Habib Haroon membawa haluan ke Bahrain dengan menyertai Sitra SC selepas mencapai persetujuan dengan KDA FC untuk menamatkan kontrak lebih awal pada September lepas.






