PERTAHANAN kebangsaan Filipina, Jesper Nyholm telah meninggalkan Perak FC untuk mengembangkan karier bola sepaknya ke Thailand dengan menyertai PT Prachuap FC.
Perkara tersebut dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Karl Nunis yang mendedahkan bahawa bekas pertahanan skuad The Bos Gaurus (TBG) itu sah kembali mewarnai Liga 1 Thailand.
“Bekas pertahanan Perak FC, Jesper kembali mewarnai Liga 1 Thailand selepas melengkapkan berpindah ke PT Prachuap,” katanya di laman X.