PERPINDAHAN Jalil Elias ke Johor Darul Ta’zim (JDT) mencuri perhatian ramai pada awal tahun lalu kerana pemain kebangsaan Iraq itu hadir dengan nilai pasaran mencecah €2.5 juta (RM11.5 juta) yang menjadikannya import paling bernilai dalam sejarah Liga Malaysia.
Selain itu, pengalamannya di peringkat antarabangsa juga tidak mengecewakan kerana pemain tengah itu baru sahaja menamatkan tugasan di pentas Piala Asia beberapa bulan sebelum perpindahan itu dimeterai.
Jadi, kehadirannya sangat diharapkan dapat membantu skuad Harimau Selatan meneruskan dominasi di peringkat domestik selain menjadi pencabar utama dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite.








