Sukan

Tak terkesan isu luar padang, Cklamovski julang semangat anak buah, fokus raikan tahun 2025 tanpa kekalahan

PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski melaungkan pujian buat anak-anak buahnya hasil kemenangan penting ke atas Nepal dalam Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur (KL) pada Selasa.

Keputusan tersebut memastikan peluang negara untuk layak ke pertandingan itu kekal cerah dengan mereka kini kekal di tangga teratas Kumpulan F.

Jurulatih dari Australia tersebut turut menegaskan pasukannya akan terus memberi tumpuan penuh menjelang aksi penentu berdepan Vietnam di tempat lawan pada 31 Mac depan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh