JOHOR Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi membuktikan keunggulan mereka di pentas domestik selepas mudah menundukkan Selangor FC 3-0 di Stadium MBPJ, Selangor pada Ahad.
Dua gol Bergson da Silva dan satu daripada Romel Morales menyaksikan tiga mata penuh dipungut skuad Harimau Selatan untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka di persada carta.
Jadi, penyokong sudah tentu bergembira dengan kemenangan diraih memandangkan kedua-dua pasukan berkenaan boleh dikatakan musuh di atas padang beberapa musim kebelakangan ini.