KEMELUT dalaman membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) makin meruncing apabila satu demi satu pemainnya membuat hantaran berkenaan pembayaran gaji di media sosial masing-masing.
Selepas Irfan Zakaria, terbaharu hantaran status Instagram story Rizal Ghazali pula memberikan isyarat mengenai permasalahan gaji Kedah yang seolah-olah belum lagi selesai.
Hantaran itu dibuat selepas perlawanan skuad Sang Kenari menentang menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman, Kedah pada Jumaat.






