PEMANGKU Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi mengumumkan Timbalan Presiden FAM, Datuk S. Sivasundaram akan mengisi posisi ditinggalkannya dalam Liga Bola Sepak Amatur (AFL).
Pengumuman itu dibuat dalam satu sesi sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis yang menyaksikan beberapa perubahan lain turut dilakukan terhadap pucuk pimpinan organisasi itu.
“Timbalan Presiden FAM, Sivasundaram pula dilantik sebagai Pengerusi AFL untuk menggantikan tempat Datuk Mohd Yusoff. Selain itu, dia kini menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan beserta Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur,” katanya.






