PASANGAN Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan kemaraan dalam Indonesia Masters apabila berjaya mara ke separuh akhir kejohanan tersebut pada Jumaat.
Gandingan beregu wanita utama negara itu menewaskan pasangan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto yang juga merupakan pemenang Terbuka Malaysia dalam aksi dua set.
Kemenangan straight set yang diraih Pearly-Thinaah berlaku dalam tempoh 48 minit dengan keputusan 21-16, 21-15.





