NEGERI paling bahagia, Terengganu sekali lagi kekal menjadi destinasi pilihan sukan lasak 4×4 setelah penganjuran Terengganu International GPx4 Offroad Challenge berjaya menarik 174 pelumba dari seluruh negara melibatkan 87 jentera lumba untuk berkampung selama dua hari perlumbaan di Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Terengganu.
Melihat pada momentum jumlah penyertaan dari serata negeri dan prestij penganjuran yang turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) termasuk kerajaan negeri Terengganu, pengarah pertandingan iaitu Muhammad Muzammil Mokhetar tidak menolak untuk mengangkat prestij penganjuran ke peringkat lebih tinggi pada tahun hadapan.
BACA LAGI: Pusat Sains Kuala Terengganu tempuh lebih 100km demi bawa sains ke luar bandar








