SELEPAS berteka-teki mengenai lawan bakal ditentang pada rehat bola sepak antarabangsa pada November, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan akan bertemu Laos.
Dalam kenyataan rasmi dikeluarkan pada Isnin, FAM mengesahkan akan bertemu Kemboja pada 14 November sebelum terbang ke Asia Selatan untuk berdepan India pada satu lagi aksi persahabatan antarabangsa.
Kedua-dua perlawanan tersebut akan menyaksikan Harimau Malaya beraksi sebagai pasukan pelawat.





