NAMA bintang Chelsea iaitu Cole Palmer baru-baru ini mencuri tumpuan penyokong bola sepak domestik apabila dia dikesan pernah menyertai kejohanan Piala Supermokh anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) kira-kira sembilan tahun lalu.
Ketika itu, pemain antarabangsa England itu beraksi bersama skuad belia Manchester City di Bukit Jalil, Kuala Lumpur menentang Malaysia Tigers yang juga membariskan bintang muda tanah air untuk kategori Bawah 13 Tahun (B-13).
Perlawanan akhir tersebut berakhir dengan kemenangan buat skuad muda The Citizens menerusi keputusan 1-0 yang menyaksikan pemain berusia 22 tahun berkenaan diturunkan pada awal permainan terbabit.








