PERSIAPAN Terengganu FC menjelang aksi menentang Selangor FC dalam saingan Liga Super 2024 pada Sabtu sedikit terjejas berikutan hujan yang melanda semasa sesi latihan.
Cuaca kurang baik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor menyebabkan sesi latihan skuad Penyu terganggu, namun Ketua Jurulatih, Badrul Afzan Razali tetap mengekalkan fokus dan disiplin pemain menjelang perlawanan penting itu.
“Kami perlu memberikan segalanya dalam tiga perlawanan terakhir dan meraih mata maksimum. Cabaran pertama pastinya menentang Selangor,” ujar Badrul.