Sukan

Ambil iktibar 2 insiden lepas, Perak FC sedia lebih 300 anggota polis di Stadium Ipoh

KAWALAN keselamatan di Stadium Perak di Ipoh, Perak akan diperketatkan bagi memastikan tiada insiden luar jangka tercetus menjelang saingan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di venue berkenaan pada Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin berkata, lebih 300 anggota polis akan membantu mengawal dan melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan keselamatan penyokong kedua-dua pasukan terjamin.

“Kita akui aksi kedua-dua pasukan ini pernah dicemari dengan sejarah tidak baik namun diharapkan untuk kali ini, biarlah ia berlangsung aman dan diharapkan penyokong menjaga tingkah laku selain mengutamakan semangat kesukanan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%