TINDAKAN seorang pengguna media sosial melabelkan lagu nyanyiannya sebagai ‘sampah’ mengundang komen dan teguran daripada penyanyi Nabila Razali.
Enggan terus melatah, Nabila, 34, bagaimanapun berkata hantaran individu berkenaan dilihat seolah-olah tidak menghormati penat lelah seorang penggiat seni dan boleh mengguris perasaan orang lain.
“Seseorang tangkap layar dan hantar perkara ini kepada saya. Saya tak marah, cuma kadang-kadang tak semua perkara yang kita fikir itu betul. Jadi, sebelum buka mulut atau sebelum taip sesuatu, fikir dulu.

Hantaran Nabila di Threads.






