BERSIMPATI dengan nasib mangsa banjir di Kelantan, usahawan sensasi Datuk Seri Vida tampil menghulurkan bantuan bernilai RM200,000 untuk rakyat di negeri itu.
Bantuan berkenaan bagaimanapun diagihkan oleh anak lelakinya iaitu Muhammad Eric Zaquan, 17, atau lebih dikenali sebagai Kacak mewakili Vida.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya Vida atau nama sebenar, Hasmiza Otman, 53, memberitahu dia kini sedang mengerjakan ibadah umrah.

Vida sempat titip doa dari jauh.





