TERLALU sibuk membuat persiapan menjelang Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), penyanyi Aisha Retno mengakui terlupa hari ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada Sabtu lalu.
Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam berkata, dia hanya menyedari tarikh istimewa itu selepas menerima pelbagai ucapan daripada peminat menerusi media sosial.
Bersempena pertambahan usia, Aisha berkata, fokus utamanya ketika ini adalah untuk terus aktif dalam industri muzik dan melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa sebelum memikirkan soal mendirikan rumah tangga.

Aisha mahu kerjaya dahulu sebelum kahwin.






