Hiburan

“Semudah itu label rubbish song” – Nabila Razali ‘sekolahkan’ netizen kutuk lagu nyanyiannya

TINDAKAN seorang pengguna media sosial melabelkan lagu nyanyiannya sebagai ‘sampah’ mengundang komen dan teguran daripada penyanyi Nabila Razali.

Enggan terus melatah, Nabila, 34, bagaimanapun berkata hantaran individu berkenaan dilihat seolah-olah tidak menghormati penat lelah seorang penggiat seni dan boleh mengguris perasaan orang lain.

“Seseorang tangkap layar dan hantar perkara ini kepada saya. Saya tak marah, cuma kadang-kadang tak semua perkara yang kita fikir itu betul. Jadi, sebelum buka mulut atau sebelum taip sesuatu, fikir dulu.

Hantaran Nabila di Threads.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh