BEKAS penyampai berita TV3, Saiful Nizam Ismail tampil mengulas mengenai kritikan netizen terhadap gaya penyampaian Radin ketika mengendalikan majlis akad nikah pasangan selebriti Fattah Amin dan Amira Othman pada Ahad lalu.
Saiful Nizam berkata, meskipun tidak menonton keseluruhan acara berkenaan, namun dia berpendapat setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri dalam mengendalikan sesebuah majlis.
Tambahnya, jika Fattah dan Amira berpuas hati dengan cara penyampaian Radin mengendalikan majlis itu, ia sudah cukup memadai.

Saiful percaya tugas pengacara penting untuk menghidupkan majlis.






