SELEPAS menerima kecaman ramai susulan kekecohan yang berlaku, penganjur Konsert Pentas RadjaWali akhirnya tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada malam kejadian.
Menurut wakil penganjurnya, pihak pengurusan lokasi konsert itu didakwa enggan bertolak ansur untuk membenarkan konsert diteruskan sebelum bertindak mematikan sistem bunyi secara tiba-tiba ketika persembahan masih berlangsung.
Lebih mengecewakan, pihak lokasi itu juga meminta surat kebenaran bertulis berserta cop rasmi Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sekiranya persembahan mahu diteruskan.

Konsert RadjaWali cetus amarah penonton.






