Hiburan

Masih dibayangi rasa bersalah, Safura Yaacob tinggalkan ibu bapa demi lelaki… “Mungkin Allah ambil anak saya kerana banyak dosa”

RASA bersalah serta betapa kecewanya masih lagi menyelubungi penyanyi dan pelakon terkenal, Safura Yaacob, apabila mengenang kembali perbuatannya terhadap arwah ibu bapa ketika melalui episod hitam perkahwinan pertamanya.

Menurut Safura, 53, kesilapan terbesar dalam hidupnya adalah ketika memilih untuk berkahwin dengan lelaki yang salah sehingga menyebabkan dia menjauhkan diri daripada ibu bapanya sendiri.

"Perkahwinan pertama saya banyak melukakan hati ibu bapa kerana saya berkahwin dengan orang yang salah. Bukan kerana mereka melarang, tetapi saya sendiri yang meninggalkan mereka disebabkan lelaki itu," katanya ketika menjadi tetamu podcast Borak Selebriti Sinar yang dimuat naik di saluran YouTube.

Safura tak dapat menahan sebak ketika mengimbau kenangan lalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh