ISTERI pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya menarik nafas lega apabila status pernikahannya mereka telah disahkan di Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor pada pagi Rabu.
Fara, 33, bagaimanapun memberitahu Shuk tidak hadir ke mahkamah namun menghantar wakil peguam untuk menyelesaikan urusan tersebut.
“Dia (Shuk) tak datang tapi wakilkan peguam sebab itu lambat nak selesai. Hakim terima wakil tersebut sebab saya memang nak urusan kami ini selesai segera.

Fara kini menunggu sijil pernikahan untuk memfailkan urusan penceraian.






