PENYANYI Iman Troye memberi bayangan dia sudah kembali single apabila percintaan dengan teman lelakinya putus pada hari raya pertama lalu.
Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabuddin, 22, memaklumkan perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya dengan berlatar belakangkan lagu nyanyian Ariana Grande berjudul We Can’t Be Friends (Wait For Your Love).
“Day 1 kena tinggal sis,” tulisnya pada bahagian kapsyen video berkenaan.
Iman beri bayangan sudah putus dengan kekasih di hari raya.