DUA dekad berkarya dalam industri muzik, vokalis Setia Band iaitu Charly Van Houten membuktikan dia masih relevan dan berada dalam kelasnya tersendiri.
Menerusi Konsert Setia Band 20 Tahun Charly Berkarya yang berlangsung meriah di Zepp Kuala Lumpur pada Sabtu, Charly menghiburkan peminat dengan menyanyikan lebih 15 buah lagu popular.
Konsert yang bermula pada pukul 8:30 malam itu mendapat tepukan gemuruh apabila Charly memulakan pentas mempersembahkan lagu Jangan Pernah Berubah.

Persembahan bertenaga Charly hiburkan peminat.






