PELAKON Jasper Supayah tampil mempertahankan rakan selebriti, Amir Ahnaf yang kini berdepan kecaman hebat netizen susulan tindakannya meninggalkan komen berbaur lucah terhadap seorang wanita di media sosial.
Jasper atau nama sebenarnya Jasper James Supayah, 33, menegaskan tiada manusia terlepas daripada melakukan kekhilafan.
Malah, aktres itu turut merayu orang ramai agar tidak keterlaluan menjatuhkan hukuman terhadap bintang muda itu hanya kerana dia seorang anak seni.






