PELAKON Janna Nick tidak pernah melupakan asal usulnya sebagai anak kampung meskipun berjaya menamatkan pengajian dalam bidang perfileman di United Kingdom (UK).
Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, berkata pengalaman melanjutkan pengajian di London tidak pernah mengubah identiti dirinya, malah dia bangga dengan latar belakang tersebut.
“Saya tidak sabar untuk meluangkan lebih banyak masa bersama masyarakat kampung supaya dapat mendalami kisah dan cerita mereka.







