IBU kepada penyanyi popular, Misha Omar iaitu Zainan Mat. Nor terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM) beberapa hari lalu akibat tekanan darah dan paras gula dalam darah yang terlalu tinggi.
Menurut Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aishah Omar, 43, ibunya mempunyai masalah kesihatan sejak dahulu namun keadaan menjadi lebih serius selepas mengambil makanan tambahan yang dibeli melalui media sosial tanpa pengetahuan anak-anak.
"Beberapa hari lalu ibu saya dikejarkan ke unit kecemasan HUKM gara-gara gula dalam darah dan tekanan darah terlampau tinggi sehingga pergi ke klinik tak boleh nak dirawat sehingga perlu bawa ke hospital.

Misha kongsi keadaan ibu ketika dikejarkan ke hospital.






