PELAKON dan penyanyi Daiyan Trisha memohon orang ramai agar melaporkan sebuah akaun palsu yang didakwa menyamar sebagai dirinya di media sosial.
Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata meskipun akaun berkenaan telah beberapa kali digantung oleh pihak platform media sosial tersebut, namun pemilik akaun itu masih aktif menyamar sebagai dirinya.
“Boleh tak anda semua tolong laporkan akaun ini jelas palsu dan saya penat sangat.

Perkongsian Daiyan di Threads miliknya.





