PEMENANG tempat keempat program hiburan Raise The Star Malaysia, Hariz Fayahet menyimpan hasrat untuk menjadi ‘male powerhouse vocalist’ atau lebih dikenali sebagai penyanyi yang mempunyai kemampuan vokal luar biasa.
Kata Hariz atau Fadhli Hari Fayahet, 31, dia ingin menjadi sehebat penyanyi lelaki seperti Ajai, Datuk Jamal Abdillah dan Anuar Zain yang menjadi inspirasi dalam industri hiburan.
“Impian saya mahu menjadi male powerhouse vocalist seperti Ajai, arwah Datuk Sudirman, Jamal Abdillah, Anuar Zain dan Hafiz Suip.

Hariz mahu merealisasikan impian merakamkan lagu ciptaan sendiri.






