KOMPOSER Hael Husaini tampil merungkaikan tanda tanya peminat berhubung persembahan penyanyi Dayang Nurfaizah yang kelihatan ‘bergelut’ ketika menyampaikan lagu Lemah pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).
Menerusi hantaran, Hael, 39, mendedahkan Dayang atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty membuat persembahan dalam keadaan kurang sihat.
“Terima kasih Dayang masih teruskan persembahan walaupun keadaan kesihatan yang sememangnya tidak mengizinkan,” katanya dalam satu hantaran di Threads.

Dayang tidak sihat semasa membuat persembahan.






