SEBAIK sahaja selamat mendarat di Istanbul, Turkiye, adik kepada aktivis Heliza Helmi iaitu Hazwani berkongsi kekejaman rejim Zionis terhadap tahanan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF).
Hazwani, 29, yang merupakan salah seorang daripada 23 peserta GSF dari Malaysia mendedahkan dia menerima layanan tidak berperikemanusiaan ketika ditahan oleh Angkatan Tentera Israel (IDF).
“Ia memang teruk. Apa yang boleh saya katakan, mereka (tentera Israel) layan kami seperti binatang. Kami tidak diberi makanan dan minuman bersih,” katanya memetik dalam temu bual bersama Al Jazeera.

Video Sos Heliza (kiri) bersama Hazwani semasa ditahan.






